Laman Utama
                
Profile Syarikat
                  
Objektif
            
Misi
            
Moto
            
Usahawan
&
Produk
                    
Galeri Foto
              
Resepi
                
Keahlian
                  
Borang Online
            
KAMI BERSEDIA MEMASARKAN PRODUK - PRODUK ANDA DI PASARAN GLOKAL!!! SERTAI KAMI DENGAN MENGISI BORANG ONLINE YANG DISEDIAKAN"

Thursday, September 17, 2009

SERI MUKA PULUT HITAM

Bahan A:

- 1 cawan pulut hitam
- 2 cawan pulut putih
- 1/2cawan gula pasir
- 2 sudu the garam
- 3 cawan santan biasa

Bahan B:

- 3 cawan santan
- 4 biji telur (gred A-4 @ gred B-5)
- 1 cawan gula
- 1/2cawan gandum
- 1/2cawan tepung ubi/jagung/kastard
- 1/2 sudu the garam


Cara Membuatnya:

Bahan A:

- Rendam pulut hitam selama 3 jam dengan air panas mendidih.
- Rendam pulut putih selama 3 jam dengan air sejuk.
- Letakkan pulut putih kedalam loyang, masukkan gula, garam dan santan sama paras dengan pulut. Kemudian letak pulut hitam. Jangan dikacau, terus kukus.
- Apabila santan dah sebati dengan pulut putih, barulah kacau pulut putih dan pulut hitam.
- Apabila masak, tekan sampai mampat & kukus kembali selama 5 minit.

Bahan B:

- Semua bahan B dicampurkan dan diblender.
- Masak bahan tadi diatas api sampai naik wap (15-20 min).
- Setelah naik wap, masukkan bahan tadi keatas pulut yang tengah dikukus dan biarkan selama 10 minit.
- Setelah masak, sejukkan serimuka tadi sehingga bahagian atas menjadi keras.