Laman Utama
                
Profile Syarikat
                  
Objektif
            
Misi
            
Moto
            
Usahawan
&
Produk
                    
Galeri Foto
              
Resepi
                
Keahlian
                  
Borang Online
            
KAMI BERSEDIA MEMASARKAN PRODUK - PRODUK ANDA DI PASARAN GLOKAL!!! SERTAI KAMI DENGAN MENGISI BORANG ONLINE YANG DISEDIAKAN"

Thursday, September 17, 2009

KUIH KAYA PELANGI

Bahan A:

- 5 putih telur
- 65g gula castor

Bahan B:

- 220g planta margarine
- 200g susu pekat
- 60g gula castor
- 5 kuning telur

Bahan C:

- 260g tepung rendah protein (boleh guna tepung gandum)
- 2 camt baking powder
- 180g kaya
- 1 camt vanilla essence

Bahan D:

- Pewarna - merah,kuning, hijau, biru dan purple
(atau mengikut citara sendiri)

Cara Membuatnya:

- Pukul bahan A sehingga kembang. Ketepikan.
- Pukul bahan B (kecuali telur) sehingga kembang. Perlahan-lahan masukkan kuning telur satu persatu.
- Satukan (1) kedalam (2). Kemudian masukkan bahan C kedalam adunan. Kaup dan balikkan adunan. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian.
- Warnakan setiap satu bahagian. Tuangkan satu bahagian kedalam dulang yang telah di sapukan mentega. Kukus pada api kuat selama 10-12 minit sehingga masak..
- Tuangkan lapisan kedua dan kukus lagi selama 10 minit. Ulangi cara yang sama untuk lapisan yang seterusnya. Kukus lapisan terakhir selama 15 minit.