Bahan-Bahan:
- 1 cawan tepung pulut.
- 1 cawan kelapa parut (kalau lebih sikit lagi sedap, kena pula isi kelapa yang muda sikit...)
- Sedikit garam.
- gula dan air
Cara Membuatnya:
- Tepung pulut dan kelapa parut tu digaul rata, masukkan secukup rasa garam + air (ini hanya untuk melembabkan sahaja @ untuk melekat-lekatkan je.
- Kalau tak ada acuan, boleh le guna kuali je.
- Sapu sedikit minyak & ditabur dengan bahan-bahan tadi lebih kurang 1 @ 2 cm.
- Lepas itu tabur gula diatasnya.
- Masaklah sehingga masak kemudian di lipat dua.