Laman Utama
                
Profile Syarikat
                  
Objektif
            
Misi
            
Moto
            
Usahawan
&
Produk
                    
Galeri Foto
              
Resepi
                
Keahlian
                  
Borang Online
            
KAMI BERSEDIA MEMASARKAN PRODUK - PRODUK ANDA DI PASARAN GLOKAL!!! SERTAI KAMI DENGAN MENGISI BORANG ONLINE YANG DISEDIAKAN"

Thursday, September 17, 2009

BUBUR BIJI NANGKA

Bahan - Bahan:

- 2 cawan tepung pulut
- 7 helai daun pandan (ditumbuk halus dan ditapis airnya)
- Sedikit pewarna kuning
- 1 biji kelapa (diperah 3 cawan santan pekat)
- 1/2 cawan gula (atau mengikut rasa manis yang diingini)
- 1 sudu kecil halba
- 1 cm halis (dimayang)
- 1 helai daun pandan
- Secubit garam

Cara Membuatnya:
- Tepung pulut dibahagi dua.
- Satu cawan dicamput dengan air daun pandan dan diuli sebati hingga menjadi doh yang lembut. - Satu cawan lagi dicampur dengan pewarna kuning dan air kemudian diuli sebati.
- Kedua-dua adunan itu kemudiannya digentel bulat seperti ibu jari sebelum dibentuk seperti biji nangka.
- Masak air di dalam periuk sehingga mendidih.
- Masukkan doh bewarna kuning dan biarkan selama beberapa minit.
- Bila doh timbul, angkat dan rendamkan di dalam mangkuk berisi air.
- Ulang dengan doh hijau. Bila timbul, angkat dan rendam dalam mangkuk berasingan.
- Masukkan santan, gula, halba, halia, daun pandan dan garam ke dalam periuk kemudian masukkan ke dalam kuah.
- Kacau seketika dan bila bubur mendidih, angkat. Biarkan sejuk sedikit baru dihidang.